Tuesday 11 June 2013

dari sudut pandagan islam


Apa hukum menjual dan membeli barangan tiruan kepada jenama-jenamaan yang mempunyai hak cipta terutamanya pakaian, beg kasut dan lain-lain?

Jawapannya:

Barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru dan di copy tanpa izin pencipta dengan jenama yang sama dan pengguna tidak dapat membezakan yang mana original dan yang mana tiruan. Sekarang ini barangan tiruan bersepah dan banyak di pasaraya, pasar malam, kedai borong dan sebagainya.

Barangan tiruan ialah barang yang dicuri reka dari pencipta yang sebenar tanpa izin dan hal ini sama dengan masalah mencuri. Islam melarang umatnya mencuri, kerana mencuri itu adalah haram. Hadis Nabi yang bermaksud :

“Janganlah seorang dari kamu menjual atas barang jualan orang lain”

Fatwa dari Persatuan Ulamak Fiqh Sedunia dalam masalah ini ialah haram bagi sesiapa yang meniru barangan orang lain tanpa izin dari penciptanya. Barangan yang dimaksudkan di sini ialah barang yang menjadi hak cipta terpelihara.

Orang yang memprodukkan barangan tiruan seolahnya seperti mereka menipu pengguna dengan jenama yang diberikan. Contohnya baju kemeja yang diklon dari jenama yang terkenal tanpa izin dari penciptanya, kemudian produk tersebut dicopkan dengan jenama yang terkenal. Maka perkara ini merupakan penipuan yang nyata dan Islam sangat melarang umatnya menipu sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud :

“Barangsiapa menipu kami, maka bukanlah dari golongan kami”

Masalah curi dan menipu ini sangat jelas dalam Islam dan ia merupakan perkara yang haram dan mungkar. Setiap perkara yang haram itu jelas dan tiada ragu-ragu dan setiap perkara yang halal itu juga jelas dan tiada ragu-ragu. Cari sumber rezeki yang halal dan jauhkan diri dari terlibat dengan perkara yang haram. Kerana rezeki yang haram akan menjadi darah daging kita dan keluarga kita. Rezeki yang haram juga akan membuatkan hati menjadi hitam dan benak untuk melakukan perkara-perkara yang makruf. Hati orang yang makan rezeki yang haram menjadi keras dan susah untuk dibentuk dan ditarbiah.

Carilah rezeki yang halal dengan penat lelah diri sendiri, kerana rezeki yang halal ini walaupun sedikit tetapi ia memperolehi keberkatan dari Allah. Orang yang makan perkara yang halal dan baik, mudah untuk dirinya dan keluarganya untuk mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki yang diberikan kepada kita semua. Sesungguhnya Allah telah menentukan rezeki kepada setiap manusia. Kuat doa, usaha dan tawakal maka banyaklah rezeki yang diperolehi oleh kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.” (Al-Baqarah : 172)

“Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.” (An-Nahl : 114)


MENGENALPASTI BARANG TIRUAN


Tahukah anda bagaimana untuk mengenalpasti barangan buatan “made in china”?
Dunia sekarang dilimpahi dengan pelbagai macam jenis barangan dari china. Yang mana kebanyakan barangan dari china adalah barang tiruan. Adakah anda dapat membezakan yang mana satu barangan dari china atau taiwan?
Ada 1 cara mudah bagaimana untuk mengenalpasti barang “made in china” ini. Caranya ialah mengenalpasti melalui teknik barcode.

Untuk pengetahuan semua, semua barang yang dihasilkan di mana-mana negara telah pun ditetapkan kod pengeluarannya.
Dan semua barangan yang dikeluarkan di negara cina (made in china), barcode nya bermula dengan 3 digit ini iaitu ; 690, 691, dan 692. Semua barang yang mempunyai barcode yang dimulai dengan 3 digit ini,
Adalah barangan “made in china”.
Manakala, 3 digit pertama barcode barangan “made in taiwan” ialah 471.
Sekarang ini, ramai sekali peniaga yang cuba untuk menipu pelanggan mereka.
Dia kata dia jual barang asli, berjenama dan berkualiti. Namun, apabila kita beli, setelah membayar dengan harga yang mahal, dapat-dapat barang, semuanya barang tiruan, rendah mutu dan kualiti nya. Apabila diperiksa betul-betul, rupa-rupanya barang yang dijual itu adalah barang “made in china”
Saya tak mengatakan semua barangan “made in china” tak bagus. Tapi realitinya kebanyakan barangan keluaran negara cina adalah barang tiruan dan banyak yang tak berkualiti. Sebab itu barangan mereka murah.
Justeru, adalah sangat baik jika kita dapat selidik dulu apa-apa barang yang ingin dibeli.
Terutamanya apabila ingin membeli barangan berjenama dan mahal.
Berikut disenaraikan beberapa negara dan barcode yang digunakan bagi produk keluaran mereka. Nombor-nombor ini adalah nombor digit pertama pada barcode yang tertera pada produk.
690 ~ 692  made in china
00 ~ 09      made in usa & canada
30 ~ 37      made in france
40 ~ 44      made in germany
49 ~            made in japan

50 ~            made in uk


KUASA PENGGUNA

"1 PENGGUNA, 1 SUARA"


"Kuasa Pengguna" ditakrifkan sebagai pengguna mampu mempengaruhi dan menentukan harga serta penawaran barangan dan perkhidmatan dalam pasaran yang kompleks. Melalui kuasa yang ada pada mereka, mereka boleh mencorakkan pola permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan tersebut. Pengguna juga berkuasa memastikan penipuan, penyelewangan dan penindasan oleh peniaga tidak berlaku sewenang-wenangnya melalui peningkatan pengetahuan, memperkuatkan jati diri, mengetahui dan mengamalkan hak mereka sebagai pengguna.
Kuasa Pengguna dapat diperlihatkan melalui :

• Pengguna menentukan pasaran
• Pengguna bersatu menuntut hak
• Sebulat suara dalam tindakan


‘1 Pengguna' bermaksud pengguna perlu bertindak secara bersepadu dalam satu masyarakat pengguna yang kuat dan membentuk ‘ satu pengguna' yang bergerak seiring secara efektif dan mewakili satu golongan yang kuat dan disegani. Pengguna juga mempunyai hak yang sama tanpa mengira latar belakang mereka dan hak ini perlu dihormati.


‘1 Suara' membawa maksud setiap pengguna perlu bertindak secara bersepadu untuk menegakkan amalan dan nilai kepenggunaan yang bersifat sejagat. Ini bermakna pengguna perlu bertindak sebagai satu entiti yang bermatlamat untuk mencapai suatu kehendak dan hak yang sama melalui penglibatan secara berkumpulan sama ada dalam organisasi-organisasi dan persatuan-persatuan.

Tanggungjawab Pengguna:

Kesedaran Mengkritik

Pengguna mestilah disedarkan supaya mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan.

Penglibatan dan Tindakan

Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan sosial yang menjamin kepentingan pengguna.

Tanggungjawab Sosial

Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab sosial. Amalkan sikap mengambil berat tentang persekitaran dan membuat apa yang perlu jika ada yang tidak kena, walaupun diri anda tidak terlibat secara langsung.

Tanggungjawab Alam Semulajadi

Pengguna perlu mempunyai kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni.

Bersatu Padu


Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatu padu.

TIP MEMBUAT ADUAN




1.Simpan semua maklumat pembelian di dalam fail.


2.Dapatkan bukti yang berkaitan.


3.Bertenang dan atur stategi yang berkesan.


4.Gunakan fakta dan statistik untuk membuktikan kesahihan aduan.


5.Tulis surat aduan yang ringkas dan padat.


6.Ikuti dan catat perkembangan aduan yang dilaporkan.



7.Gunakan media massa untuk membuat laporan aduan jika perlu.

CONTOH PENIPUAN TERHADAP PENGGUNA



Berikut disenaraikan beberapa jenis penipuan yang sering ditemui samada melalui iklan di suratkhabar tempatan mahupun internet:

Contoh 1 : Mengisi sampul surat


Merupakan satu kaedah yang paling klasik sekali dimana ia bermula semasa kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat sekitar tahun 1920-an dan 1930-an. Anda dijanjikan akan dibayar antara RM1-2 untuk setiap sampul surat yang anda isikan. Anda hanya perlu membayar sedikit yuran dan anda DIJAMIN akan menerima sehingga 1,000 sampul surat seminggu yang telah siap diisi dan lengkap ditampal dengan setem! Apa yang tidak dinyatakan ialah anda perlu mendapatkan alamat bakal pelanggan.
Setelah pembayaran dibuat, anda akan menerima satu manual ringkas dan contoh flyer yang perlu anda edar atau iklankan dalam usaha anda mendapatkan alamat pelanggan. Setelah mendapat langganan dan bayaran, anda hanya perlu fotokopi manual ringkas tersebut dan berikan kepada pelanggan anda. Kaedah yang sungguh bijak tetapi tidak beretika.


Contoh 2 : Surat/e-mail berantai (perolehi wang segera)


Jika anda sering mencari peluang pendapatan dari rumah melalui internet dan suratkhabar, anda pastinya pernah menerima dan melihat surat/e-mail berantai ini. Mereka menjanjikan bahawa anda hanya perlu menghantar surat/e-mail bersama sejumlah wang kepada nama mereka yang tersenarai, kemudian mengeluarkan nama diaras bawah sekali dan digantikan dengan nama anda, dengan harapan suatu hari anda akan menjadi jutawan.
Ia juga ada dikatakan didalam versi kutu atau konsep saling membantu melalui kaedah sedekah dimana anda bersetuju untuk memberikan wang tersebut tanpa sebarang paksaan. Pada dasarnya ia adalah satu bentuk skim piramid. Biasanya senarai ini akan dimanipulasikan dimana hanya satu nama sahaja yang sentiasa berada diatas(pengasas program) dan akan menerima wang sangat banyak.


Contoh 3 : Sila dail nombor 600 untuk maklumat lanjut


Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa dan wang dengan mendail nombor-nombor sebegini. Anda seharusnya tahu bahawa kos panggilan ke nombor 600 sangat mahal iaitu RM1.95 seminit (7.00 pagi-7.00 mlm) dan RM0.98 (7.00 mlm-7.00 pagi). Bayangkan jika anda menghabiskan 5 minit diwaktu siang, anda telah membazirkan hampir RM10.00 dan disitulah mereka memperolehi keuntungan. Simpan wang anda dan jangan mendail mana-mana nombor 600 hanya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai apa yang dikatakan peluang bekerja dari rumah.


Contoh 4 : Senarai nama syarikat


Jangan terpedaya dengan membeli senarai syarikat yang memerlukan khidmat pekerja dari rumah melalui kaedah ini. Anda membayar untuk mendapatkan senarai syarikat yang mencari pekerja dari rumah sama seperti anda sama ada dalam bentuk digital atau bercetak. Antara syarikat yang biasa tersenarai ialah syarikat yang menawarkan pekerjaan pemasangan barangan, pengurusan katalog, syarikat MLM, dan lain-lain. Apa yang menjadi masalahnya ialah, senarai ini tidak semestinya betul-betul benar kerana syarikat tersebut mungkin tidak mencari pekerja dari rumah ataupun tidak pernah bersetuju untuk disenaraikan, atau tidak dapat dipastikan adakah perniagaan tersebut dijalankan secara sah atau masih terbuka peluang untuk anda memohon. Biasanya adalah sukar untuk anda mendapatkan kembali wang anda.


Contoh 5 : Memasang barangan di rumah


Biasanya peluang serupa ini akan memberitahu bahawa ada akan memasang barangan seperti anak patung, komponen elektronik, permainan kanak-kanak, produk kegunaan hotel dan pelbagai lagi projek kraftangan yang boleh dilakukan dirumah dan dijanjikan upah yang lumayan. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membayar deposit atau yuran pendahuluan (yang dijanjikan akan dikembalikan semula) dan anda akan menerima segala peralatan, barangan dan arahan yang perlu dilaksanakan.
Anda akan bernasib baik jika menerima produk yang dijanjikan selepas membuat pembayaran tetapi ramai pengguna yang telah tertipu dengan kaedah ini. Terdapat juga penipuan yang dilakukan dengan cara, apabila anda telah menerima produk dan menyiapkan mengikut arahan, anda akan dimaklumkan bahawa produk anda tidak menepati spesifikasi kehendak syarikat pengeluar. Syarikat ini sebenarnya membuat keuntungan melalui penjualan pek permulaan dan bukannya produk yang dipasang. Ini merupakan antara contoh penipuan yang dilakukan secara terancang dan sistematik oleh sesetengah syarikat.


Contoh 6 : Menaip dari rumah (kerani kemasukan data, kerani, kerani pemprosesan e-mail dan lain-lain lagi)


Peluang seperti ini juga sering diiklankan untuk memerangkap anda dengan pelbagai nama jawatan. Biasanya selepas menjelaskan sejumlah wang kepada agensi penipuan ini hanya untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda biasanya akan menerima bahan-bahan melalui disket, muat turun atau maklumat bercetak yang akan memberikan anda pelbagai maklumat berkaitan dimana dan bagaimana anda boleh mengiklankan tentang peluang menaip dari rumah serta risalah jualan (dalam flyer, surat, e-mail, laman web,dan lain-lain lagi) akan diberikan kepada sesiapa yang berminat. Apabila mereka membuat pesanan untuk mendapatkan maklumat lanjut (sama seperti yang anda telah lakukan sebelum ini), anda hanya perlu mencetak/menyalin semua bahan yang anda telah terima kepada pelanggan anda. Sebenarnya ia akan cuba menjadikan anda seorang PENIPU!! Kerana hakikatnya tiada sebarang produk yang dijual, hanya maklumat tentang kaedah dan bahan mengiklankannya.


Contoh 7 : Perolehi wang dengan melayari Internet


Anda dikehendaki untuk daftar masuk ke laman internet tersebut sebanyak beberapa kali atau memuat turun sesuatu perisian pelayar internet ke komputer anda, dan membaca iklan atau melihat papan iklan yang tertera. Syarikat laman tersebut akan mengenakan bayaran kepada syarikat-syarikat yang membuat iklan dan ganjaran akan diberikan kepada ahli yang memenuhi kuota. Apa yang anda tidak ketahui ialah, anda akan mengambil masa yang lama untuk mencapai kuota yang telah ditetapkan sebelum anda layak menerima skim bayarannya, itupun sekiranya anda berjaya mencapainya. Tiba masa anda menerima bayaran, jumlah tersebut akan ditolak pula dengan kos pengurusan (boleh mencecah 20 peratus). Situasi yang lebih teruk yang boleh berlaku ialah penutupan laman web tersebut sebelum mana-mana peserta sempat menerima bayarannya.
Skim seperti ini semakin bercambah dan dalam pelbagai variasi seperti PAID EMAIL, PAID TO SURF, PAID TO DOWNLOAD dan sebagainya . Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin mencuba skim-skim seperti ini, anda perlu memerhatikan perkara-perkara ini terlebih dahulu:

•Berapa bayaran yang akan anda terima untuk aktivit yang perlu anda lakukan (membaca setiap e-mel, melawat website dan sebagainya)
•Apa yang perlu anda buat selain daripada membaca e-mel, (contoh: sesetengah skim mengkehendaki anda memasuki laman web yang disertakan di dalam e-mel). Boleh atau tidak rakyat Malaysia menyertainya? Sesetengah skim hanya untuk warganegara Amerika Syarikat sahaja.
•Berapakah jumlah paling minimum yang dibayar?Buat pengiraan berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mendapatkan bayaran minimum tersebut? Ingat bahawa anda perlu membayar akses internet dan bil telefon untuk membaca e-mel tersebut.
•Bagaimanakah pembayaran akan dibuat?. Sekiranya pembayaran dibuat dengan menggunakan cek (US Dolar), sebahagian kecil akan diambil oleh pihak bank sebagai caj perkhidmatan. Jika pembayaran dimasukkan ke akaun online seperti Paypal, Clickbank, Stormpay,e-gold dan lain-lain, sila pastikan samada ia mengiktiraf urusniaga dengan warganegara Malaysia dan diiktiraf urusniaganya oleh pihak berkuasa di negara ini..

Contoh 8 : Melobi wang


Skim ini telah wujud semenjak beberapa tahun yang lalu. Daripada permulaannya dahulu menggunakan surat dan faks, kini ia semakin canggih, dengan menggunakan e-mel sebagai medium utama. Skim tersebut memberitahu anda yang pengirimnya (kebiasaannya daripada negara di Benua Afrika) mempunyai sejumlah wang yang banyak, memerlukan pertolongan anda untuk memindahkan wang ini ke dalam akaun bank anda, dan sekiranya berjaya, anda akan mendapat peratusan daripada jumlah wang tersebut. Ramai ahli peniagaan yang bijak, dan para remaja telah terpedaya oleh skim seperti ini kerana sifat tamak. Sebahagian lagi telah kehilangan sejumlah wang yang besar daripada akaun bank mereka, ataupun kehilangan barangan peribadi yang digunakan dalam jenayah yang lain. Berita cara penipuan seperti ini pernah disiarkan di suratkhabar METRO dan KOSMO.


Contoh 9 : Internet MLM


Jika anda pernah terdengar syarikat MLM dan anda pasti tahu bahawa ia merupakan salah satu jemis perniagaan yang popular di Malaysia. Salah satu masalah yang sering menimpa sistem MLM ialah kewujudan Sistem Piramid iaitu proses kenaikan pangkat melalui penajaan ahli menjadi lebih penting daripada proses menjual produk atau perkhidmatan.
Syarikat-syarikat ini menjanjikan pulangan yang hebat melalui skim piramid dan dan ramai rakyat Malaysia telah menjadi mangsa kepada Skim Cepat Kaya walaupun telah banyak amaran yang diberikan oleh kerajaan. Sebaik-baiknya periksa latar belakang syarikat tersebut sebelum anda membuat keputusan untuk menyertainya sebagai ahli. Pastikan syarikat MLM yang ingin disertai berdaftar dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta mereka mempunyai lesen jualan langsung yang sah.
Jika syarikat tersebut tidak berdaftar di Malaysia, anda tidak boleh membuat aduan kepada mana-mana pihak berkuasa tempatan. Anda juga tidak boleh membuat aduan kepada orang yang memperkenalkan skim tersebut kepada anda kerana dia juga hanya merupakan seorang ahli sahaja.


Contoh 10 : Sistem affiliate


Sistem affiliate ialah dimana seseorang individu akan dibayar sejumlah komisen apabila berjaya membuat jualan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penganjur sistem. Biasanya penganjur boleh jadi orang perseorangan mahupun syarikat namun ia bukanlah syarikat yang mempunyai lesen Jualan Langsung. Maka ia tidak dikategorikan sebagai jualan langsung.
Sejak akhir-akhir ini semakin ramai rakyat Malaysia yang mula membuat sistem affiliate sendiri. Namun kebanyakkannya lebih menjurus kepada bentuk sistem piramid yang lebih mengutamakan kemasukan ahli baru berbanding kualiti produk.


Kesemua ini hanyalah maklumat bagi tujuan pendidikan pengguna sahaja. Ianya tidak melambangkan keseluruhan sistem perniagaan di Malaysia. Tips yang diberikan ini hanyalah untuk peringatan dan berkongsi maklumat sesama pengguna.

30 TIPS PENGGUNA BIJAK






1.            Jangan mudah terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksploitasi kaum wanita yang dijadikan sebagai model.
2.            Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros, bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.
3.            Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.
4.            Buatlah belanjawan sebelum membeli belah.
5.            Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.
6.            Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
7.            Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah!
8.            Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu anda untuk berjimat!
9.            Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.
10.          Masak di rumah lebih jimat berbanding makan di luar.
11.          Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam sekitar!
12.          Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu.
13.          Belilah barangan keluaran Industri Kecil-kecilan ataupun Industri Desa. Sokong barangan buatan Malaysia.
14.          Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
15.          Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan.
16.          Pilih buah-buahan tempatan, terdapat pelbagai pilihan, yang bermusim dan juga tidak.
17.          Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya tinngi kualitinya.
18.          Belilah barangan elektrik dengan kelulusan SIRIM.
19.          Jangan mudah terpedaya dengan barangan beserta promosi hadiah, kadang-kala, harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi!
20.          Untuk pengguna telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan bersesuaian dengan tahap penggunaan anda. Buatlah pilihan bijak!
21.          Periksa keadan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.
22.          Gunalah kenderaan awam untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mesra alam.
23.          Berkongsi kereta ‘car pooling’ ke kampus atau ke tempat kerja lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
24.          Dapatkan maklumat berkenaan isu-isu kepenggunaan di laman sesawang ataupun melalui bulletin ataupun risalah kepenggunaan.
25.          Jika membeli-belas di atas talian ’online’ pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila melakukan transaksi wang.
26.          Jika melakukan transaksi wang atas talian ‘online’ pastikan kata laluan anda dilindungi serta jejak anda ‘cache’ dipadam untuk mengelak system digodam.
27.          Jangan gunakan pautan ‘link’ untuk ke laman web bank untuk urusan ‘online banking’. Sebaik-baiknya pergi terus ke laman utama bank pilihan anda.
28.          Pastikan lebel harga tertera pada barangan, jika tiada laporkan pada pihak berkuasa, anda berhak untuk mendapat maklumat yang sewajarnya!
29.          Jualan murah! Jangan mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli.
30.          Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli. Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa atau membuat pilihan untuk anda.