sEnarai agensi aDuan KepeNggUNAaaN



Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)  
                         
                                                

-Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan         
 sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

                                       

-Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

 Biro Pengaduan Awam (BPA)

                                   
                                                

-Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)

                                   


-bagi merancang, merangka dasar dan program-program teknologi hijau menunjukkan kesungguhan kerajaan menangani isu-isu global semasa seperti pencemaran alam sekitar, penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan isu-isu yang berkaitan dengannya.

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)

   


  -                             

-Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang       
 isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi 
 telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier 
 dan pensijilan digital.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


-Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)



-Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia


-Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran      
 niaga hadapan serta  menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang 
 sekuriti. 
-Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan   
 anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)

-Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi   
 membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan 
 kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK.
-BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda 
 mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. 
 Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan 
 ataupun insurans dan takaful



No comments:

Post a Comment