1) Hak untuk mendapat KEPERLUAN ASAS
Keperluan asas bagi pengguna
ialah seperti berikut:
MAKANAN
-Pengguna berhak untuk mendapat
bekalan makanan yang berterusan.
-Pengguna berhak mendapat makanan
dengan harga yang berpatutan dan berkualiti
-Timbangan serta sukatan
hendaklah bertepatan.
-Pengguna berhak untuk mendapat
info mengenai makanan yang dibeli serta
status halal yang diluluskan oleh JAKIM.
TEMPAT TINGGAL
-Pengguna berhak untuk mendapat
tempat tinggal yang selamat.
-Antara undang-undang yang
melindungi pengguna ialah seperti
a)Akta Pemaju Perumahan 1966
b)Akta Kontrak 1950
PAKAIAN
-Pakaian yang berkualiti.
seperti ubat-ubatan,bahan
kimia,racun serangga,alatan elektronik ataupun perkhidmatan.
-Pengguna juga mempunyai hak
untuk mendapat perlindungan daripada barangan serta
perkhidmatan yang boleh
membahayakan kesihatan dan kehidupan.
UBAT-UBATAN
-Pastikan pengguna mendapat
nasihat daripada Doktor atau Pegawai Kesihatan terlebih dahulu
sebelum mengambil mana-mana ubat.
-Pastikan bilangan serta dosage
yang diambil adalah tepat untuk mengelakkan kesan
sampingan.
-Antara undang-undang yang
melindungi pengguna adalah seperti:
a) Akta Ubat 1956
b) Akta Pendaftaran Farmasi 1951
RACUN SERANGGA/BAHAN KIMIA
-Pilihlah makanan (sayur-sayuran
atau buah-buahan) yang menggunakan bahan organik .
-Baca lebel cara penggunaan
terlebih dahulu sebelum menggunakan racun serangga ataupun
bahan kimia.
ALATAN ELEKTRONIK
-Pilih alatan elektronik yang
mempunyai kelulusan SIRIM.
-Pilih alatan elektronik yang
mudah dikendalikan serta menjimatkan tenaga.
-Pastikan mendapat ‘warannty’
bagi peralatan elektronik yang dibeli.
-Pengguna yang bijak akan memilih
alatan elektronik yang mesra alam!.
-Di Malaysia, undang-undang yang
melindungi keselamatan pengguna ialah;
a)Akta Makanan 1983
b)Peraturan-peraturan Makanan
1985
c)Akta ELektrik 1949 (Pindaan
1973)
d)Akta Institut Piawaian dan
Penyelidikan Perindustrian Malaysia 1975 (SIRIM)
3)Hak untuk mendapat MAKLUMAT
-Pengguna berhak mendapat
maklumat yang lengkap dan tepat tentang barang atau
perkhidmatan yang hendak dibeli.
-Setiap pengguna berhak mendapat
maklumat tentang perkara-perkara berikut:
a)Harga barangan yang berpatutan
b)Mutu barangan yang terjamin
c)Berat dan sukatan barangan
tepat.
d)Isi kandungan barangan
e)Cara menggunakan barangan
-Hak mendapat maklumat melindungi
pengguna daripada penipuan akibat amalan-amalan
perniagaan yang tidak beretika.
-Hak mendapat maklumat yang tepat
dan sesuai adalah penting untuk membolehkan pengguna
membuat keputusan yang wajar dan
bijak semasa membeli.
-Pengguna boleh mendapatkan
maklumat daripada LEBEL & IKLAN
.Pengguna bijak mestilah melihat
pada label untuk mendapatkan maklumat seperti:
-Tarikh luput.
-Kandungan barangan.
-Maklumat nutrisi.
-Berat kandungan.
-Logo halal yang sah.
.Label yang baik mestilah:
-Mengandungi maklumat yang tepat
-Mudah difahami
-Tidak mengelirukan
-Maklumat yang disahihkan
b)PENGIKLANAN
.Pengguna jangan mudah
terpengaruh dengan peniklanan yang:
-Mengelirukan
-Gimik promosi
4)Hak untuk membuat PILIHAN
-Sebelum membeli, pengguna berhak
memilih barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh
peniaga.
-Pengguna perlu memastikan
perkara-perkara berikut.
a)Harga barang itu berpatutan
b)Barang dalam keadaan baik
c)Barang selamat digunakan
d)Barang menepati contoh yang
diberi atau diiklankan
-Hak untuk memilih adalah penting
supaya pengguna tidak terburu-buru dalam membuat
keputusan membeli.
-Penjual tidak berhak memaksa dan
membuat keputusan bagi pihak pengguna.
-Belilah barangan buatan
Malaysia!
Hak untuk mendapat GANTI RUGI
-Pengguna berhak
mendapat ganti rugi bagi sebarang penyelewengan atas barangan atau perkhidmatan yang dibeli.
-Pengguna boleh
menuntut ganti rugi dalam bentuk wang atau penggantian barang yang
dikembalikan.
-Sebagai contoh,
sekiranya anda membeli makanan dalam tin (contoh ikan sardin) dan mendapat
tarikh guna barang ittu telah luput. Anda boleh mendapatkan ganti rugi melalui
penggantian tin yang baru atau wang dikembalikan kepada anda.
Pengguna
berhak mendapatkan ganti rugi atas sebab-sebab berikut:
1.barangan
yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik (cth; tin kemik)
2.barangan
yang dibeli mengandungi bahan asing yang boleh membahayakan kesihatan
3.mutu
barangan tidak seperti yang dijanjikan atau diiklankan
4.barang
yang dibeli memudaratkan kepada pengguna
5.Pengguna
juga berhak mendapat pampasan jika pengguna ditimpa kemalangan ketika berada dikedai peniaga akibat kecuaian peniaga
Hak untuk menyuarakan PENDAPAT
-Pengguna berhak menyuarakan
pendapat mereka sebagai pengguna melalui badan atau pergerakan pengguna.
-Melalui pergerakan pengguna,
segala aduan dan rasa tidak puas hati pengguna dapat disalurkan kepada pihak
yang bertanggungjawab. Dengan cara ini, hak dan kepentingan pengguna dapat
dijamin secara berkesan.
-Gunakanlah ruangan ini untuk
mengutarakan aduan and pandangan anda demi kebaikan semua pengguna.
Hak mendapat PENDIDIKAN
KEPENGGUNAAN
‘Meluntur buluh biarlah dari rebungnya’
-Pengguna berhak mendapat pendidikan kepenggunaan supaya
menjadi seorang pengguna yang bijak dan rasional.
-Pengetahuan mengenai hak-hak dan tanggungjawab pengguna
boleh mengelakkan pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang tidak beretika.
Pengguna boleh mendapatkan pendidikan kepenggunaan melalui
beberapa cara iaitu;
1.melalui pendidikan formal di sekolah/Institut Pengajian
Tinggi dan juga pendidikan informal melalui teladan oleh ibu bapa ataupun
masyarakat sekeliling.
2.melalui risalah dan akhbar yang dikeluarkan oleh Persatuan
Pengguna seperti CAP dan FOMCA
3.melalui bengkel, seminar dan ceramah yang berkaitan dengan
kepenggunaan
melalui media massa seperti laman sesawang dan juga laman
blog berkenaan kepenggunaan.
4.Kelab-kelab Pengguna juga telah diwujudkan di peringkat
sekolah sehinggalah ke peringkat Institut Pengajian Tinggi untuk mendedahkan
kepada masyarakat tentang pendidikan kepenggunaan.
Hak untuk mendapat ALAM SEKITAR
yang sihat
apa yang anda boleh lakukan?
1.Kitar Semula.
2.Tanam pokok dihalaman rumah.
3.Guna kenderaan awam.
4.Kurangkan penggunaan alatan
elektrik yang melepaskan CFC.
5.Pilihlah produk yang mesra alam
dan tidak mencemarkan alam.
6.Kurangkan penggunaan beg plastik.
Gunakan beg kitar semula!
7.Jimatkan penggunaan kertas, untuk
urusan berkaitan gunalah aplikasi elektronik yang mengurangkan penggunaan
kertas.
No comments:
Post a Comment