bARAng TIruan

Barang tiruan dihasilkan apabila sesuatu barangan asli mendapat permintaan yang tinggi kerana ia boleh terdiri daripada pelbagai barangan pengguna seperti ubat, alat ganti, pakaian, aksesori lelaki dan wanita, makanan tambahan, alat elektrik, dll  jika melawat galeri KPDNHEP kita mungkin sukar jendak percaya ada barangan yang mungkin kita sering gunakan sebelum ini ialah barang tiruan kerana rupanya tidak berbeza dengan barangan yang asli dengan barang yang ditiru tak semestinya barang berjenama yang mahal sahaja ada barang murah yang digunakan pengguna setiap hari turut jadi mangsa sebagi contoh panadol pernah ditiru, rokok juga ditiru kerana permintaan yang tinggi. Terdapat banyak punca barangan ini terus dikeluarkan dan dijual untuk dibeli oleh pengguna. Langkah perlu diambil untuk melindungi pengguna dan hakcipta pengeluar, dan negara kerana kesan penghasilan dan perdagangan barangan tiruan meninggalkan kesan buruk kepada negara.

punca-punca

1. Kemunculan sikap mengagung-agung barangan berjenama  terutama dalam kalangan masyarakat yang tidak berkemampuan / berpendapatan rendah kerana  ingin bergaya  kerana mereka mempercayai bahawa penggunaan barangan berjenama meningkatkan imej dan status  dengan beli barang tiruan dapat mengisi kepuasan diri itu.

2. Harga yang murah menyebabkan permintaan menjadi tinggi -rupa fizikal hampir sama dengan produk asal/ kualiti pula ada yang tinggi,- cth jersi bolasepak dikategorikan dalam gred A,B, dan C. Barangan asli pula terlalui tinggi misalnya, jersi asli RM 200 dan ke atas. Kos pembuatan pula lebih murah, modal jualan juga rendah ini semua menggalakkan perniagaan barangan tiruan.

3. Kesedaran tentang harta intelek dan ilmu kepenggunaan yang rendah dalam kalangan masyarakat  menganggap berjual beli barangan tiruan bukan kesalahan besar.

4. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah - tindakan bermusim apabila bertindak berdasarkan laporan sahaja ini akan mengukar kawal sebab melibatkan jumlah orang terlibat yang banyak  pihak KPDNHEP pula kurang kakitangan ini akan wujud pula masalah rasuah dalam kalangan penguatkuasa undang-undang tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

cara mengatasi

1. Perkongsian yang dimaksudkan ini meliputi kerjasama antara pemilik hak cipta dan cap dagang. Terbaru, pengenalan BOB(basket of brand) adalah hasil kerjasama antara KPDNKK dengan pemilik cap dagang dalam dan luar negara. Sebelum ini KPDNKK menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan kes kerana keengganan pemilik cap dagang membuat pengecaman ke atas barang disita yang juga suatu tuntutan undang-undang.Kegagalan menyelesaikan kes telah menimbulkan persepsi seolah-olah KPDNKK tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas. Namun dengan pengenalan BOB, KPDNKK hanya akan memberi keutamaan penguatkuasaan kepada jenama yang tersenarai saja yang mana pemilik cap dagangnya telah pun memeterai persefahaman untuk bekerjasama bagi membuat pengecaman dan memberi keterangan di mahkamah. Dengan cara ini, semua kes yang diambil akan dapat diselesaikan mengikut kehendak undang-undang. Pendekatan ini hampir serupa dengan apa yang diguna pakai di Hong Kong dan beberapa negara maju yang lain. 


2. Penguatkuasaan dan tindakan undang-undang bukanlah suatu perkara yang baru malah dijalankan secara berterusan sejak sekian lama. Di samping melakukan operasi secara bersendirian, KPDNKK turut mengadakan operasi secara besar-besaran bersama agensi lain seperti Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan Pihak Berkuasa Tempatan.  jawatankuasa khas yang dikenali sebagai Pasukan Petugas Khas Membanteras Barang Tiruan telah dibentuk khusus untuk menangani isu penguatkuasaan hak harta intelek secara terancang dan berterusan

3. Malaysia adalah di antara negara yang begitu serius dalam memastikan setiap undang-undang yang ada berkaitan dengan perlindungan hak harta intelek dikuatkuasakan sepenuhnya termasuklah membuat pindaan untuk memantapkannya. Selain Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Perihal Dagangan 2011, KPDNKK turut menggunakan Perintah Perihal Dagangan (Label Barang Tiruan) 2010. Melalui Perintah ini, adalah menjadi kesalahan terhadap mana-mana orang yang didapati menjual barang tiruan yang baginya tidak dilekatkan dengan label SIRIM dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Untuk mendapatkan label SIRIM ini pula, hanya tuan punya hak cipta sahaja yang dibenarkan untuk mendapatkannya daripada KPDNKK. 

4. Pendidikan Dan Latihan akan memberi Kesedaran tentang pentingnya masyarakat menghormati hak harta intelek di negara ini adalah masih rendah. Ini dapat dilihat daripada pembelian yang dibuat terutama di pasar malam dan premis terbuka. KPDNKK telah berusaha untuk meningkatkan tahap kesedaran ini melalui pelbagai cara termasuklah menayangkan iklan di media massa seperti televisyen, radio dan pawagam, menjalankan program outreach kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti siri jelajah ke sekolah rendah, seminar kepada pelajar menengah dan IPT serta penjualan karnival barang tulen kepada orang awam.Dalam konteks latihan pula, usaha untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran pegawai penguat kuasa sentiasa dilakukan bagi memastikan setiap tindakan dapat diambil dengan lebih efektif. Terbaru, KPDNKK turut memanggil rakan agensi penguatkuasaan dari luar negara untuk berkongsi amalan baik yang dilakukan di negara mereka semasa Hari Pengguna Malaysia.

No comments:

Post a Comment