1.
Jangan mudah
terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksploitasi
kaum wanita yang dijadikan sebagai model.
2.
Elakan penggunaan kad
kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros,
bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.
3.
Beli barangan secara
pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.
4.
Buatlah belanjawan
sebelum membeli belah.
5.
Bandingkan yang mana
satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding
kehendak.
6.
Berjimat cermat amalan
mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
7.
Semasa membeli-belah
di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang, kerana
hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah!
8.
Lihatlah katalog
barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan
membantu anda untuk berjimat!
9.
Gores dan menang,
jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.
10.
Masak di rumah lebih
jimat berbanding makan di luar.
11.
Gunakan beg kitar
semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam
sekitar!
12.
Pastikan logo halal
pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan
logo halal palsu.
13.
Belilah barangan
keluaran Industri Kecil-kecilan ataupun Industri Desa. Sokong barangan buatan
Malaysia.
14.
Semak resit pembelian
dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
15.
Belilah makanan yang
mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan.
16.
Pilih buah-buahan
tempatan, terdapat pelbagai pilihan, yang bermusim dan juga tidak.
17.
Sentiasa buat
bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang
bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya tinngi kualitinya.
18.
Belilah barangan
elektrik dengan kelulusan SIRIM.
19.
Jangan mudah terpedaya
dengan barangan beserta promosi hadiah, kadang-kala, harga barangan tanpa
hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi!
20.
Untuk pengguna
telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan bersesuaian dengan
tahap penggunaan anda. Buatlah pilihan bijak!
21.
Periksa keadan barang
sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak,
periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.
22.
Gunalah kenderaan awam
untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan kos, mengurangkan
kesesakan jalan raya serta mesra alam.
23.
Berkongsi kereta ‘car
pooling’ ke kampus atau ke tempat kerja lebih menjimatkan kos, mengurangkan
kesesakan jalan raya serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
24.
Dapatkan maklumat
berkenaan isu-isu kepenggunaan di laman sesawang ataupun melalui bulletin
ataupun risalah kepenggunaan.
25.
Jika membeli-belas di
atas talian ’online’ pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila
melakukan transaksi wang.
26.
Jika melakukan
transaksi wang atas talian ‘online’ pastikan kata laluan anda dilindungi serta
jejak anda ‘cache’ dipadam untuk mengelak system digodam.
27.
Jangan gunakan pautan
‘link’ untuk ke laman web bank untuk urusan ‘online banking’. Sebaik-baiknya
pergi terus ke laman utama bank pilihan anda.
28.
Pastikan lebel harga tertera
pada barangan, jika tiada laporkan pada pihak berkuasa, anda berhak untuk
mendapat maklumat yang sewajarnya!
29.
Jualan murah! Jangan
mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli.
30.
Dapatkan bantuan
jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli.
Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa
atau membuat pilihan untuk anda.
No comments:
Post a Comment