"1 PENGGUNA, 1 SUARA"
"Kuasa Pengguna" ditakrifkan sebagai pengguna
mampu mempengaruhi dan menentukan harga serta penawaran barangan dan
perkhidmatan dalam pasaran yang kompleks. Melalui kuasa yang ada pada mereka,
mereka boleh mencorakkan pola permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan
tersebut. Pengguna juga berkuasa memastikan penipuan, penyelewangan dan penindasan
oleh peniaga tidak berlaku sewenang-wenangnya melalui peningkatan pengetahuan,
memperkuatkan jati diri, mengetahui dan mengamalkan hak mereka sebagai
pengguna.
Kuasa Pengguna dapat diperlihatkan melalui :
• Pengguna menentukan pasaran
• Pengguna bersatu menuntut hak
• Sebulat suara dalam tindakan
‘1 Pengguna' bermaksud pengguna perlu bertindak secara
bersepadu dalam satu masyarakat pengguna yang kuat dan membentuk ‘ satu
pengguna' yang bergerak seiring secara efektif dan mewakili satu golongan yang
kuat dan disegani. Pengguna juga mempunyai hak yang sama tanpa mengira latar
belakang mereka dan hak ini perlu dihormati.
‘1 Suara' membawa maksud setiap pengguna perlu bertindak
secara bersepadu untuk menegakkan amalan dan nilai kepenggunaan yang bersifat
sejagat. Ini bermakna pengguna perlu bertindak sebagai satu entiti yang
bermatlamat untuk mencapai suatu kehendak dan hak yang sama melalui penglibatan
secara berkumpulan sama ada dalam organisasi-organisasi dan
persatuan-persatuan.
Tanggungjawab Pengguna:
Kesedaran Mengkritik
Pengguna mestilah disedarkan supaya mengkritik tentang mutu
dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan.
Penglibatan dan Tindakan
Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dengan
kegiatan-kegiatan sosial yang menjamin kepentingan pengguna.
Tanggungjawab Sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab sosial.
Amalkan sikap mengambil berat tentang persekitaran dan membuat apa yang perlu
jika ada yang tidak kena, walaupun diri anda tidak terlibat secara langsung.
Tanggungjawab Alam Semulajadi
Pengguna perlu mempunyai kesedaran yang tinggi atas
keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni.
Bersatu Padu
Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu
masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatu padu.
No comments:
Post a Comment