pEnggUNa bIJak




KPDNHEP telah mengumumkan beberapa langkah proaktif dalam membendung kebimbangan pengguna tentang kenaikan harga barang-barang, seterusnya mengawal pasaran dari ancaman peniaga tidak bertanggungjawab.

Di antara langkah-langkah yang sedang dilaksanakan adalah melancarkan Kempen Pengguna Bijak di seluruh negara. Melalui kempen ini, mesej utama yang ingin disampaikan kepada pengguna mahupun kepada peniaga ialah: Pengguna mempunyai pilihan untuk membeli barang keperluan harian atau menggunakan perkhidmatan, dan peniaga yang menjual pada harga yang tinggi tidak akan disokong.

Kempen Pengguna Bijak ini bertumpu kepada pasar raya besar (hypermarket) di seluruh negara. Ini bukan bertujuan menjejaskan perniagaan peniaga runcit tetapi merupakan strategi bagi membolehkan orang ramai mengetahui hak dan pilihan serta memperkasakan diri mereka sebagai pengguna.  Hypermarket mampu menawarkan harga murah kerana kemampuan membeli stok secara pukal, sekaligus berupaya mengurangkan kos pengeluaran.

Serentak dengan kempen ini, penguatkuasaan juga ditingkatkan di seluruh negara, membabitkan anggota penguatkuasa dan lebih 14,000 sukarelawan. Kempen ini juga melibatkan langkah-langkah memperkasakan pengguna supaya mereka dapat membuat pilihan yang tepat seterusnya berbelanja secara berhemah. Di antara inisiatif yang dijalankan termasuk:

• Memberi maklumat kepenggunaan yang meluas kepada orang ramai dalam menghadapi kenaikan harga barangan
• Di bandar-bandar kecil, exco berkaitan pengguna di setiap negeri akan memainkan peranan menyebarkan maklumat mengenai pasar yang menawarkan harga berpatutan kepada pengguna
• Mengawasi pasaran secara terperinci bagi memastikan harga barangan kawalan tidak dinaikkan sesuka hati. Bagi barangan lain, kenaikan harganya mesti merupakan kenaikan yang munasabah
• Memudahkan orang ramai melapor kepada KPDNHEP dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 jika mendapati ada peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati. Ini termasuk harga makanan yang dijual di premis makanan seperti restoran, hotel dan gerai.

Dengan Kerajaan yang prihatin, peniaga bertanggungjawab dan berfikiran jauh, dan pengguna yang bijak dan berhemat, kesan kenaikan bahan api hanya merupakan satu cabaran biasa yang boleh ditangani tanpa menjejaskan ekonomi keluarga dan negara.

PERLINDUNGAN PENGGUNA

Pasaran pengguna mengikut pengharapan pengguna perlu memberi khidmat berikut di antaranya:
1.        barangan-barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah selamat untuk digunakan atau dimakan;
2.        maklumat yang diterima sama ada pacia label barangan, pada Man dan risalah-risalah kerajaan adalah benar, cukup serta mudah difaham supaya pengguna dapat membuat pertimbangan, pemilihan dan pembelian yang rasional berdasarkan kepada maklumat yang ada;
3.        pengguna diberi pilihan di pasaran untuk memilih dan membeli atau tidak membeli tanpa paksaan atau ugutan;
4.        pengguna ada tempat mengadu sekiranya berlaku penyelewengan dalam masa menjalankan proses jualbeli atau setelah pembelian berlaku dan tindakan sewajarnya dibuat untuk menolong mereka sekiranya menghadapi masalah;
5.        sistem perletakan harga yang bersesuaian dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi;
6.        pengguna dilindung melalui penguatkuasaan undang undang pengguna yang berkesan lagi adil; dan
7.        pengguna diberi pendidikan berkaitan dengan kepenggunaan supaya mereka lebih bersedia menjalankan peranan dan tanggungjawab di pasaran.
 Perkembangan di bidang sains dan teknologi melahirkan beranika barangan dan perkhidmatan yang menyebabkan pengguna menghadapi masalah untuk membuat pilihan. Kemudahan kredit dan peningkatan tahap hidup mendorong pengguna mudah berbelanja. Bentuk dan sistem perdagangan telah menjadi bertambah kompleks sehingga sukar untuk difaharni oleh pengguna. Bentuk pembungkusan dan penyampaian maklumat berhubung dengan barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan seringkali mengelirukan pengguna. Permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan seringkali melebihi bekalan. Dalam berlumba-lumba mengejar kekayaan dan kemewahan hidup, etika dan aspek kerohanian seringkali diketepikan. Dalam keadaan begini, campurtangan pihak kerajaan adalah diperlukan. Justeru itu, berbagai undang-undang telah digubal dan dikuatkuasakan. Umumnya, undang-undang ini melarang, mengawal atau mengawalselia aktiviti yang dikenalpasti boleh memberi kesan buruk kepada perturnbuhan ekonomi negara atau merugikan pengguna.



TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

 Setelah pengguna mengetahui dan memahami apakah hak hak mereka, maka pengguna haruslah bertindak mempastikan hak mereka diperolehi. Bagi memperolehi hak-hak itu, pengguna harus mempunyai tanggungjawab yang perfu dilaksanakan.Tanpa tanggungjawab, hak-hak pengguna tidak dapat diperolehi. Ini bermakna pengguna perlu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
 Terdapat lima tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka. Lima tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut:
(i) Kesedaran Mengkritik
Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah jangan berdiam diri tetapi sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat baranganyang sempurna.
(ii) Penglibatan Dan Tindakan
 Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak dicemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.
(iii) Tanggungiawab Sosial
 Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.
(iv) Tanqqungiawab Alam Semulajadi
Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselarnatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan.
(v) Bersatupadu

 Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatupadu. Dengan semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatupadu ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna.

No comments:

Post a Comment