Ramai orang bertanya, siapa itu PENGGUNA. Pengguna
diistilahkan setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari
pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Secara mudah kita lihat
pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri
kita sendiri. Kita sebagai individu adalah pengguna tanpa mengira siapa
sebenarnya kedudukan kita dalarn masyarakat sekeliling.Sebahagian besar dari
apa yang kita gunakan adalah hasil usaha orang lain sama ada dalam bentuk
barangan atau perkhidmatan.
Walaupun barangan atau perkhidmatan itu kita keluarkan
sendiri atau kita bayar untuk menikmatinya tidak dinafikan bahawa kita adalah
pengguna. Sebagai pengguna yang terpaksa membayar dengan jumlah wang atau
tenaga usaha dengan kadar tertentu kita memang mengharapkan bahawa faedah yang
kita perolehi dari transaksi berkenaan adalah faedah yang paling maksimum. Kita
juga merasa bahawa kita perlu dilayan seperti raja dari segi barangan atau
perkhidmatan yang ditawarkan kepada kita kerana kitalah yang berhak menentukan
sama ada kita akan membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan dan dari siapa
kita akan mendapatkannya.
Mengikut Peter Drucker, seorang penulis terkemuka dalam
bidang pengurusan, kepenggunaan bermakna yang pengguna melihat
pengeluar-pengeluar barangan sebagai mereka yang berminat tetapi tidak memahami
hakikat sebenar keperluan pengguna. Beliau menganggap pengeluar-pengeluar
barangan sebagai mereka yang tidak berusaha mengambil tahu, tidak memahami
dunia hidup pengguna dan mengharap pengguna membuat penentuan yang mana
pengguna sendiri tidak bersedia atau tidak dapat melakukannya.
Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Mantan Perdana
Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada
"pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari
Pengguna Sedunia ketika Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa
mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah
pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi.
Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi".
No comments:
Post a Comment