AKTa-aKTa kEPEnggUnaaN



Akta Kawalan Harga 1973

Akta ini dan perundangan-perundangan subsiadiri di bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan harga barang- barang adalah berpatutan dalam sebarang keadaan dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga sebelum membeli barang-barang

Menetapkan harga maksimum untuk barang kawalan seperi beras, tepung , gula, dan susu.

Pengguna boleh menuntut balik bayaran lebihan jika membeli barang melebehi harga maksimum.

Diantara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini adalah :
•     Gagal melabelkan barang-barang yang tersedia bungkus dengan maklumat, nama dan alamat pengeluar    
       atau pengimport, beratan dan kuantiti, jenis kandungan di dalamnya serta nama sebutan sebenar barang 
        itu.
•      Gagal meletakkan tanda harga pada barangan jualan.
•      Gagal meletakkan harga runcit yang disyorkan bagi susu tepung dan minyak masak.
        Denda yang boleh dikenakan
•     Bagi kesalahan pertama orang perseorangan denda boleh dikenakan sehingga RM 15,000.00    
       atau 2 tahun   penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga     
       RM25,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.
•      Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM25,000.00    
       dan  kesalahan berikutnya denda sehingga RM50,000.00.
•      Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari     
        jumlah  denda  maksimum yang diperuntukkan.

AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan bekalan barang-barang perlu mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan dalam setiap keadaan.

Meletakkan tanda harga dan label pada barang yang dijual.

Melarang peniaga menyimpan barang-barang kawalan secara berlebihan.

Pengguna berhak mendapatkan bekalan yang mencukupi walaupun pada musim perayaan.

Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah:
•         Menjual barang kawalan berlebihan daripada keperluan biasa;
•         Menyorok barang kawalan dengan tujuan mewujudkan kekurangan bekalan;
•         Memiliki barang kawalan dengan cara tidak sah; Berniaga barang kawalan tanpa lesen;
•         Gagal mempamerkan lesen di tempat yang jelas;
•         Penjualan terus barang kawalan oleh pengilang kepada pengguna yang tidak memiliki surat 
           kuasa;
•         Memiliki barang kawalan melebihi had yang dibenarkan dalam lesen;
•         Membeli barang kawalan daripada orang yang tidak mempunyai lesen;
•         Mengendalikan barang kawalan tanpa menyediakan buku stok;
•         Mengendalikan pengilangan kurang daripada jumlah jam yang ditetapkan dalam lesen;
•         Gagal melaporkan ketidakupayaan pengilangan;
•         Gagal memberitahu Pengawal mengenai pemberhentian pengilangan;
•         Menafikan stok barang-barang kawalan secara palsu;
•         Enggan menjual barang kawalan.

AKTA TIMBANG DAN SUKAT 1972
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk mempastikan segala alat timbang dan sukat untuk kegunaan perdagangan mematuhi spesifikasi Yang ditetapkan dan di samping itu mempastikan bahawa alat-alat timbang dan sukat itu disahkan ketepatan timbangan dan sukatannya.

Mewajibkan peniaga menggunakan alatan dan sukatan yang memberikan bacaan yang tepat serta mengikut spesifikasi dan disahkan oleh kerajaan.

Pengguna boleh menolak penggunaan alat timbangan yang tidak disahkan oleh kerajaan.

Denda yang boleh dikenakan
•         Bagi kesalahan di bawah Akta ini, denda boleh dikenakan sehingga RM5000.00 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya.
•         Bagi kesalahan-kesalahan Yang boleh dikompaun, jurnlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum Yang diperuntukkan.


AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan melarang penggunaan perihal, pernyataan atau petunjuk palsu atau Yang mengelirukan berhubung dengan barangan, perkhidmatan, tempat tinggal, kemudahan dan harga barang.

Memberi hak kepada pengguna untuk mendapat keterangan yang benar dan tepat.

Melarang menyiarkan iklan yang palsu dan mengelirukan.

Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :
•         Menggunakan perihal dagangan palsu dalam perdagangan (umpamanya barang tiruan)
•         Menggunakan perbahasaan "Halal" kepada makanan Yang tidak mematuhi Hukum Syarak;
•         Mengadakan jualan murah tanpa memperolehi kelulusan;
•         Mengadakan jualan murah melebihi tempoh Yang dihadkan;
•         Menjual dengan harga lebih daripada harga jualan murah Yang ditetapkan oleh pembekal;
•         Gagal menunjukkan harga tawaran terda harga tawaran semasa dalam jualan mura
•         Memberi petunjuk palsu mengenai harga dal murah.

Denda yang boleh dikenakan :
•         Bagi kesalahan pertama orang perseorang boleh dikenakan sehingga RM 100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM200,000.00 atau 6 tahun atau kedua-duanya.
•         Bagi kesalahan pertarna pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM500,000.00.
•         Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.

AKTA SEWA BELI 1967

Akta ini dan perundangan-perunclangan subsidiari di iya adalah bertujuan untuk mengawalselia bentuk kandungan perjanjian serta menggariskan hak dan tangungjawab pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian sewa beli.

Menyediakan garis panduan perjanjian sewa beli dari segi jenis barang, kadar faedah, dan syarat jualan.

Mengawal selia bentuk dan kandungan perjanjian.

Mengariskan hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian sewa beli.

Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :
•         Membuat perjanjian sewa beli tanpa mematuhi butiran yang ditetapkan;
•         Membuat perjanjian sewa beli secara tidak bertulis;
•         Tidak mematuhi peraturan deposit minimum;
•         Memberi keterangan palsu (oleh pemunya);
•         Mengalihkan barang-barang sewa beli dari tempat yang ditentukan dalam perjanjian;
•         Melupuskan barang sewa beli secara tipu (oleh penyewa);
•         Menyampaikan notis cadangan menarik balik barangang tanpa mengikut peraturan;
•         Gagal menunjukkan kad pengenalan dan kad kuasa semasa mengambil semula (repossess)     
           barang- barang;
•         Gagal menyelenggarakan buku rekod yang lengkap (oleh pemunya) Denda yang boleh     
          dikenakan
•         Bagi kesalahan di bawah Akta ini, denda boleh dikenakan sehingga RMI0,000.00 atau 3 tahun  
           penjara atau kedua-duanya.
•         Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% 
          jumiah denda maksimurn yang diperuntukkan

AKTA HAKCIPTA 1987

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk memberi hakcipta kepada karya-karya dan melindungi hak-hak eksklusif tuanpunya hakcipta daripada dicabuli oleh pihak lain.

Memberi hakcipta kepada karya-karya.

Melindugi hak-hak eksklusif tuan punya hak cipta daripada dicabuli pihak lain

Menjual salinan langgaran karya hakcipta;

Menyewa salinan langgaran karya hakcipta;

Membuat salinan langgaran karya hakcipta;

Mengedar salinan langgaran karya hakcipta;

Memiliki salinan langgaran karya hakcipta;

Mengimport salinan langgaran karya hakcipta;

Mempamerkan salinan langgaran karya hakcipta;

Memiliki alat perekaan bagi membuat salinan langgaran untuk perdagangan


AKTA JUALAN LANGSUNG 1993

Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk mengawalselia aktivitiaktiviti jualan langsung pintu ke pintu dan melalui pos.

Mewajibkan perniagaan jualan langsung didaftarkan.

Mengawal selia aktiviti jualan langsung dari pintu ke pintu dan melalui pos serta mengharamkan perniagaan sistem piramid.


Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :
•         Menjalankan perniagaanjualan langsung tanpa lesen;
•         Memberi maklumat palsu dalam Man jualan pesanan pos;
•         Menghantarserahkan barang atau perkhidmatan dalarn tempoh bertenang;
•         Bertandang ke mana-mana premis bagi maksud merundingkan jualan pintu ke pintu selain    
           daripada  
           hari-hari dan waktu-waktu yang ditetapkan;
•         Gagal menunjukkan kad pengenalan dan kebenaran masa menjalankan rundingan jualan    
           langsung Pintu. 
•         Mengeluarkan kad kebenaran yang mengandungi aklumat palsu;
•         Membuat kontrak tanpa bertulis mengenai jualan ngsung bagi barangan atau perkhidmatan
           yang bernilai RM300 ke atas.

Denda yang boleh dikenakan:
•             Bagi kesalahan pertama orang perseorangan denda hingga RM100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda hingga RM200,000.00 atau 6 tahun penjara  atau kedua-duanya.
•             Bagi kesalahan pertama pertubuhan/perbadanan denda hingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM500,000.00.
•             Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.

Akta Elektrik 1973
•             Mewajibkan peralatan elektrik yang dikeluarkan oleh pengeluar adalah selamat digunakan.

•             Mensyaratkan setiap barangan elektrik mesti mendapat kelulusan daripada pihak SIRIM.

Akta Label 1980
•             Pengguna mendapatkan lengkap tentang sesuatu barang dalam labelnya.

•             Label pada sesuatu barang mesti mengandungi maklumat sepeti harga, nama dan alamat pengeluar, jenama, tarikh luput, arahan penggunaan, kandungan bahan atau ramuan, amaran dan petunjuk, serta jelas dan mudah dibaca.

Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (Pindaan 1983)

•             Mengawal kualiti bahan makanan dan penggunaan aditif dalam proses pembuatan makanan.

•             Melarang penggunaan bahan kimia yang membahayakan pengguna.

Peraturan makanan 1985

•             Memastikan pihak pengeluar meletakkan tarikh guna luput.

•             Memberi jaminan bagi makanan tertentu.

•             Meletakkan label pada bekas makanan dan menyatakan ramuan yang digunakan.

•             Mengawal mutu makanan dan penggunaan bahan aditif yang membahayakan kesihatan pengguna.

No comments:

Post a Comment